Siapa yang tidak kenal dengan usahawan muda berjaya, NurSajat? Nama NurSajat gah baik dalam bidang perusahaan kosmetik, mahu pun dalam industri tanah air.

NurSajat lebih dikenali sebagai seorang personaliti media berbanding seorang pengasas kosmetik. Gambar-gambarnya yang dimuat naik di Instagram menunjukkan wajahnya yang jelita dan tubuh badannya yang menawan membuatkan wanita ini mempunyai hampir 681k pengikut!

Usahawan kosmetik berstatus jutawan itu telah tampil mendedahkan punca beliau bergambar dalam keadaan mengandung itu.

Sajat akui gambar tersebut adalah dirinya, dan menjelaskan ia diambil pada 2013.

Ketika itu Sajat menjadi model sebagai wanita mengandung untuk pembikinan ‘flash mob’ bagi sebuah video komersial.

“Jangan hanya kerana gambar, mereka nak menghina dan menghukum Sajat. Itukan sudah dosa.

“Dulu Sajat sekadar orang biasa, makan gaji dan kehidupan macam orang biasa. Tidak ada pula yang nak kecam.

“Bila Sajat dah berada di tahap sekarang, banyak yang cuba nak memperlekehkan Sajat. Itu adalah normal,” katanya seperti dilaporkan portal mStar.

Sajat berkata sebelum bergelar usahawan, beliau pernah menjadi model dan penari namun apa yang dilakukan kurang disenangi pengguna media sosial.

“Memang saya ‘upload’ gambar ini, tetapi tujuannya hanya berkongsi kerjaya Sajat saja.

“Dulu pun biasa jadi pelakon tambahan, jadi tidak salah kita nak jadi watak apa pun.

“Tidak ada pun yang lebih, yang terlebih mengata itu adalah netizen,” beliau dilaporkan berkata.

Itu ulasan dari Sajat tentang gambarnya sedang hamil yang menjadi viral.

Ditanya tentang gambarnya disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, Sajat berkata, perkara ini adalah normal bagi mereka yang mencemburi kejayaan dan populariti yang dikecapinya kini.

Ini komennya:

“Biasalah, orang cantik selalu kena kecam. Sajat tahu apa Sajat buat. Jangan hanya kerana gambar, mereka nak menghina dan menghukum Sajat. Itukan dah dosa,”

“Dulu Sajat sekadar orang biasa, makan gaji dan kehidupan macam orang biasa. Tapi tak ada pula yang nak kecam.

“Bila Sajat dah berada di tahap sekarang, banyak yang cuba nak memperlekehkan Sajat, itu adalah normal. Apapun yang Sajat lakukan, mak ayah tahu,”

Apabila ditanya tentang keinginan mengandung, ini jawapan dari Sajat:

“Kalau ada jodoh kahwin baru kita tanya soal anak. Itu semua rezeki daripada Allah.”

Pelbagai spekulasi ditimbulkan dengan Nursajat usahawan kosmetik terkenal di Malaysia. Status beliau samada lelaki atau perempuan menjadi tanda tanya hingga sekarang.

Sajat Ajar Anak Angkat Panggilnya Umi

Gambar berkenaan menyebabkan ada netizen yang mempersoalkan status dirinya, sama ada dara atau janda. Ada juga yang ingin melihat ‘anaknya’ itu.

Dilaporkan NurSajat mempunyai dua anak angkat yang bernama Nur Syaza Sajidah dan Muhammad Syahmi.

Meskipun, netizen mengatakan yang Sajat itu sebenarnya adalah lelaki tetapi telah melakukan pembedahan tetapi usahawan terkenal itu tetap tidak jemu cuba buktikan yang dia sebenarnya adalah wanita.

Baru-baru ini, Sajat telah memuat naik satu video yang menunjukkan anak angkatnya memanggil Sajat dengan panggilan ‘’Ummi” dan bukan “Walid”.

Menurut Sajat, budak kecil tidak pandai menipu jadi jika anaknya itu memanggilnya dengan panggilan “Ummi” itu bermakna yang dia itu benar-benar wanita dan bukan seperti yang orang sangkakan selama ini.

Namun, seperti biasa, tidak kira apa pun cara yang Sajat cuba lakukan untuk membuktikan yang dia itu adalah seorang wanita, netizen tetap akan menjadikan itu sebagai bahan dan menghujaninya dengan pelbagai kritikan.

Netizen mengatakan yang budak-budak memang tidak reti menipu tetapi mereka senang ditipu dan anaknya telah memanggil dia dengan panggilan seperti itu kerana telah diajar.

Betul juga, jika dari kecil sudah diajar panggil ‘Ummi’ tak kan lah bila dah besar nak tukar panggil ‘abah’. Tapi, comel apa ‘Ummi Sajat’.

Malah, ada juga netizen mengelarkan Sajat sebagai gigih kerena ‘try hard’ teruk mahu buktikan yang diri dia itu sebenarnya perempuan padahal perempuan lain tidak perlu buktikan yang mereka itu adalah perempuan.

Apa lagi yang mahu dibuktikan, dah lahir sebagai perempuan, ciri-ciri tubuh badan pun seperti perempuan, sah-sah lah perempuan. Tak kan nak kena tunjuk dulu baru nak percaya.

Tetapi, apa pun kebenarannya, hanya Sajat sahaja yang ketahui. Untung betul anak angkat Sajat, dapat ummi kaya, mintak apa mesti dapat

Sajat Tak Marah Dah

Pemuda yang sebelum ini mempersendakan wajah anak angkat Nur Sajat pastinya tidak keruan apabila usahawan kosmetik itu hanya mendiamkan diri selama beberapa hari selepas lelaki berkenaan membuat permohonan maaf.

Malahan, lelaki yang dikenali sebagai Pian Kpop itu sebenarnya boleh menarik nafas lega apabila permohonan maafnya diterima Sajat.

Ia susulan tindakan Pian yang sekali lagi tampil memohon maaf tetapi ia dibuat memerusi ruangan komen di akaun Instagram milik Sajat pada Ahad.

“Salam akak Sajat… sihat ke tu… marah Pian lagi ke? Pian betul-betul minta maaf akak,” kata Pian sambil memuji produk keluaran usahawan itu.

Mesej tersebut dibalas Sajat sambil berkata: “Tak marah dah. Salam kosong-kosong. Lain kali jangan buat lagi. Take care (jaga diri) Pian.”

Respons Sajat itu ternyata menceriakan hari Pian pada hujung minggu apabila dia memuat naik paparan skrin mesej berkenaan di laman sosialnya pada Ahad.

Pian yang mengucapkan kesyukuran turut memuji kemuliaan hati Sajat kerana sudi memaafkannya.

“Yeay!!! Kak Sajat tak marah Pian dah. Sayang Kak Sajat. Akak Sajat ni baik orangnya,” kata Pian yang mendapat pujian netizen kerana mengakui kekhilafannya dan tidak berputus asa meminta maaf.

Rabu lalu, Pian yang terkenal dengan video parodi di laman sosial memuat naik gambar Sajat bersama dua anak angkatnya tetapi disunting dan digantikan dengan gambarnya sendiri.

“Pian Minta Maaf, Cuma Nak Perhatian Kak Sajat”

Sajat yang berang dengan perkara itu memberi amaran untuk mengambil tindakan terhadap Pian berikutan lawaknya yang keterlaluan.

Pian kemudiannya mengakui tindakannya itu agak keterlaluan dan membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram.

Pemuda itu turut berjanji tidak akan mengulangi perkara itu sambil memberitahu, tindakan keterlaluan tersebut dibuat semata-mata mahu meraih perhatian Sajat.

“Bukan apa, Pian nak perhatian daripada Kak Sajat sebab semua orang tidak mahu ambil perhatian pada Pian. Minta maaf Kak Sajat,” katanya.

Sumber: mStar via BeritaMemey