Alamak, apakah perasaan anda bila terlihat seseorang masak di kawasan tandas?

Mungkin berasa loya dan tidak selera kan?

Itulah yang berlaku bila Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi sebuah video resipi di laman Facebook miliknya.

Menerusi kapsyen, dia sedang menyediakan resipi ayam bakar ala percik style Aliff Syukri.

Dengar namanya, memang agak menyelerakan. Yalah siapa yang tak suka dengan ayam bakar atau pun ayam percik?

Tiba-tiba menerusi video itu, netizen terkejut kerana Aliff dilihat memasak di dalam kawasan tandas.

 

Yang loyanya, siap ada mangkuk tandas kat situ juga. Aduh! Mereka segera memberikan komen dan tertanya-tanya mengapa Aliff memasak di dalam kawasan itu.

sumber – mediamassa.press